Bab 1: KEDUDUKAN

Umum.

  • Semua lokasi yang terletak di atas permukaan bumi memiliki alamat am atau dikenali juga sebagai ‘global address’.
  • Alamat umum ini berasaskan nombor yang dikenali sebagai koordinat iaitu nombor yang mewakili kedudukan tempat longitud dan kedudukan tempat latidud.
  • Penggunaan alamat umum di atas permukaan bumi dibuat berasaskan kepada garisan latitud dan longitud yang dikenali sebagai peta grid.
  • Jarak di antara garisan 1° sama ada garisan longitud dan latitud dengan garisan yang lain ialah 111Km.
  • Jarak antara garisan longitud di atas permukaan bumi akan berkurangan  apabila berada di garisan latitud 45° utara dan selatan ke arah kutub dengan jarak 1° hanya 98Km sahaja.
  • Eratosthene (276  – 194 SM)  merupakan orang pertama membentuk perkataan Geografi, merupakan tokoh yang menghasilkan sistem  garisan bujur dan garisan lintang dan berjaya mengukur ukur lilit bumi dengan penuh kejituan.



Sistem Pemetaan.
  • Dalam sistem pemetaan, permukaan bumi dipetakan dengan menggunakan sistem Peta Grid.
  • Dalam sistem ini semua tempat dipetakan berdasarkan sistem nombor berdasarkan pada garisan latitud dan longitud.
  • Sesuatu kawasan boleh dipetakan atau boleh dicari dalam sistem grid dengan hanya memberikan dua nombor rujukan yang merupakan  kedudukan garisan latitud dan garisan longitud yang merupakan titik persilangan kedua-dua garisan

No comments:

Post a Comment