RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Objektif Pembelajaran : Membincangkan keperluan pengangkutan awal Negara Malaysia
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
1. Menyatakan cara pengangkutan awal di Malaysia
2. Menyenaraikan dan menghuraikan keperluan pengangkutan awal di Malaysia
Pengetahuan sedia ada : Pelajar sekurang-kurangnya pernah melihat jenis-jenis pengangkutan yang ada
Kemahiran : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK)
(Menyatakan, Menghuraikan, Menyenaraikan)
Nilai : Kejujuran, Bekerjasama, Rasional, Kerajinan
Bahan RESOS : Buku Teks Geografi Tingkatan 2
Buku Rujukan Geografi Tingkatan PMR
LANGKAH
|
ISI PELAJARAN
|
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
|
CATATAN
| |
AKTIVITI GURU
|
AKTIVITI PELAJAR
| |||
Set Induksi
(5 minit)
|
Memperkenalkan beberapa jenis-jenis gambar pengangkutan awal
|
1. Guru menyoal pelajar:
Apakah kenderaan yang pelajar naiki hari ini?
2. Guru menayangkan KOSWER mengenai jenis pengangkutan
3. Meminta pendapat pelajar tentang apa yang dilihat
4. Guru menanya pelajar apakah tajuk pembelajaran hari ini
|
1. Para pelajar
menjawab:
Kereta, Bas, Motorsikal, Basikal, Jalan kaki.
2. Pelajar melihat paparan slaid jenis-jenis pengangkutan utama.
3. Pelajar memberikan pendapat tentang slaid yang dilihat
4. Pelajar mendengar ulasan guru dan menjawab soalan.
|
BBM:
KOSWER
Nilai:
Menghargai
Kejujuran
Kemahiran:
Menjelaskan
Mengaitkan
|
Perkembangan pengajaran:
Langkah 1
(10 minit)
|
Penerangan cara pengangkutan di Malaysia
|
1. Guru mengedarkan lembaran kerja
2. Guru memberi penerangan mengenai konsep pembelajaran hari ini menggunakan KOSWER
3. Guru memberitahu maksud pengangkutan
4. Guru menunjukkan contoh gambar rakit,kapal, kereta lembu dan gajah,keretapi,dan jong
5. Guru memberi penerangan mengenai jenis pengangkutan awal di Malaysia:
a. Pengangkutan darat
b. Pengangkutan air
|
1. Pelajar mendengar penerangan guru sambil mencatat isi di lembaran kerja yang diberikan oleh guru
2. Pelajar melihat slaid yang ditayangkan oleh guru
3. Pelajar belajar dengan bantuan BBM dalam internet untuk memahami isi pelajaran
|
BBM:
KOSWER
Gambar digital
Lembaran kerja
Nilai:
Berani
Bertanggungjawab
Kemahiran:
Menghuraikan
|
Langkah 2
(10 minit)
|
Penjelasan keperluan pengangkutan pada zaman penjajah
|
1. Guru menayangkan slaid pengangkutan awal semasa penjajahan British
2. Guru memberi penerangan jenis pengangkutan darat semasa penjajahan British iaitu keretapi
3. Guru menunjukkan peta jalan keretapi sambil menerangkan landasan keretapi yang pertama di bina di Semenanjung Malaysia dan Di Sabah
4. Guru memberi penjelasan mengenai pengangkutan darat:
a. Jalan darat yang awal dibina
b. Jenis pengangkutan iaitu kereta kuda dan kereta lembu
5. Guru memberi penerangan mengenai pengangkutan air:
a. Cara dan jenis pengangkutan
b. Kepentingan pengangkutan air
c. Perkembangan teknologi
6. Guru menyoal pelajar apakah tujuan penjajah membina jalan raya dan jalan keretapi
|
1. Pelajar melihat slaid yang ditayangkan oleh guru
2. Pelajar mendengar penerangan guru sambil mencatat isi penting
3. Pelajar meneliti slaid yang ditayangkan
4. Pelajar menjawab pertanyaan guru
|
BBM:
KOSWER
Nilai:
Bertanggungjawab
Hormat-menghormati
Kemahiran:
Mengaitkan
Membezakan
|
Langkah 3
(5 minit)
|
Soalan Interaktif
|
Guru mengemukakan soalan interaktif kepada pelajar mengenali jenis-jenis pengangkutan awal
|
Pelajar menjawab soalan berdasarkan aktiviti tersebut.
|
BBM:
KOSWER
Nilai:
Menghargai
Kesyukuran
Kemahiran:
Beza dan Banding
|
Penilaian / Kerja susulan:
(8 minit)
|
Guru memberikan latihan
|
1. Guru menyuruh pelajar menyiapkan lembaran kerja serta latihan sambil berdasarkan maklumat yang diberikan melaui slaid
|
1. Pelajar menyiapkan lembaran tersebut sambil berbincang dengan guru
|
BBM:
Lembaran kerja
Latihan
Nilai:
Berdikari
Kejujuran
Kemahiran:
Mengingati
Memperoleh maklumat
Berfikir
|
Penutup
(2 minit)
|
Guru meminta pelajar membuat kesimpulan
|
Guru meminta seorang pelajar untuk menyimpulkan pembelajaran hari ini dalam beberapa ayat
|
Pelajar yang dipanggil nama akan membuat kesimpulan secara ringkas apa yang telah dipelajari
|
Rumus fakta
|