BAB 4 : GRAF

Pengenalan

Graf ialah bentuk grafik yang menunjukkan pertalian di antara satu variabel (pemboleh ubah) dengan variabel yang lain. Graf mempersembahkan maklumat dan data secara menarik, jelas dan tepat. Terdapat pelbagai jenis graf, contohnya graf bar mudah, graf garisan mudah, graf bar berganda, graf garisan berganda, graf gabungan dan graf majmuk

Dalam bab ini, anda akan mempelajari graf bar berganda dan graf garisan berganda.Graf bar berganda terdiri daripada beberapa pasangan atau kumpulan bar yang mengandungi maklumat berlainan. Contoh seperti Graf 1 di sebelah.

BAB 3: SKALA DAN JARAK

Skala

  • Skala ialah  nisbah jarak di atas peta dengan  jarak sebenar di atas permukaan bumi.
  •  Skala lurus  ialah skala yang dilukis dalam bentuk  garisan dan dibahagi dalam beberapa unit kecil untuk mewakili jarak tertentu di atas permukaan bumi.
  • Skala lurus juga dikenali sebagai skala linear  atau skala garisan dan kadangkala ada juga ahli geografi menyebutnya sebagai skala piktograf.

Jarak.
  • Jarak ialah jauhnya dari satu tempat ke tempat lain.
  • Jarak terdiri daripada 2 jenis iaitu: Jarak Mutlak dan  Jarak Relatif. 
  • Jarak mutlak ialah jarak sebenar antara dua tempat yang diukur menggunakan unit ukuran jarak iaitu unit ukuran terdekat milimeter (mm) dan sentimeter (sm). 
  • Ukuran jarak jauh diukur dengan ukuran meter (m) dan kilometer (km).
  • Jarak relatif ialah jarak diukur secara perbandingan dengan menggunakan kos dan masa.

Bab 1: KEDUDUKAN

Umum.

  • Semua lokasi yang terletak di atas permukaan bumi memiliki alamat am atau dikenali juga sebagai ‘global address’.
  • Alamat umum ini berasaskan nombor yang dikenali sebagai koordinat iaitu nombor yang mewakili kedudukan tempat longitud dan kedudukan tempat latidud.
  • Penggunaan alamat umum di atas permukaan bumi dibuat berasaskan kepada garisan latitud dan longitud yang dikenali sebagai peta grid.
  • Jarak di antara garisan 1° sama ada garisan longitud dan latitud dengan garisan yang lain ialah 111Km.
  • Jarak antara garisan longitud di atas permukaan bumi akan berkurangan  apabila berada di garisan latitud 45° utara dan selatan ke arah kutub dengan jarak 1° hanya 98Km sahaja.
  • Eratosthene (276  – 194 SM)  merupakan orang pertama membentuk perkataan Geografi, merupakan tokoh yang menghasilkan sistem  garisan bujur dan garisan lintang dan berjaya mengukur ukur lilit bumi dengan penuh kejituan.