BAB 4 : GRAF

Pengenalan

Graf ialah bentuk grafik yang menunjukkan pertalian di antara satu variabel (pemboleh ubah) dengan variabel yang lain. Graf mempersembahkan maklumat dan data secara menarik, jelas dan tepat. Terdapat pelbagai jenis graf, contohnya graf bar mudah, graf garisan mudah, graf bar berganda, graf garisan berganda, graf gabungan dan graf majmuk

Dalam bab ini, anda akan mempelajari graf bar berganda dan graf garisan berganda.Graf bar berganda terdiri daripada beberapa pasangan atau kumpulan bar yang mengandungi maklumat berlainan. Contoh seperti Graf 1 di sebelah.





Rajah 1 : Graf Bar Berganda
Graf garisan berganda terdiri daripada dua atau lebih garisan. Garisan-garisan ini menyambung kan titik-titik yang ditandakan dalam graf. Titik-titik ini mempunyai nilai yang berlainan. Contohnya graf garisan berganda yang menunjukkan Min suhu bulanan Tokyo dan Kuala Lumpur (rujuk Graf 2 di bawah).

Rajah 2 : Graf Garisan Berganda


Untuk menghasilkan graf, anda boleh mengikut langkah-langkah berikut:
Mengumpul maklumat dan data.
Merekod maklumat dan data dengan teratur.
Membina jadual.
Melukis graf.


Ciri-ciri graf bar berganda ialah:
Terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 bar.
Tiap-tiap bar mewakili satu set data yang tertentu.
Memudahkan perbandingan.
Petunjuk yang jelas diperlukan.

No comments:

Post a Comment