- Semua lokasi yang terletak di atas permukaan bumi memiliki alamat am atau dikenali juga sebagai ‘global address’.
- Alamat umum ini berasaskan nombor yang dikenali sebagai koordinat iaitu nombor yang mewakili kedudukan tempat longitud dan kedudukan tempat latidud.
- Penggunaan alamat umum di atas permukaan bumi dibuat berasaskan kepada garisan latitud dan longitud yang dikenali sebagai peta grid.
- Jarak di antara garisan 1° sama ada garisan longitud dan latitud dengan garisan yang lain ialah 111Km.
- Jarak antara garisan longitud di atas permukaan bumi akan berkurangan apabila berada di garisan latitud 45° utara dan selatan ke arah kutub dengan jarak 1° hanya 98Km sahaja.
- Eratosthene (276 – 194 SM) merupakan orang pertama membentuk perkataan Geografi, merupakan tokoh yang menghasilkan sistem garisan bujur dan garisan lintang dan berjaya mengukur ukur lilit bumi dengan penuh kejituan.
Bab 1: KEDUDUKAN
Umum.
LATITUD DAN LONGITUD
Garisan Latitud.
- Garisan ini adalah garisan yang dilukis secara melintang dan selari dengan garisan khatulistiwa di dalam pemetaan permukaan bumi.
- Garisan latitud diukur dengan nilai darjah (°) dari 0° hingga 90° utara dan selatan.
- Garisan latitud 0° iaitu garisan khatulistiwa merupakan garisan bayangan yang membahagikan bumi kepada 2 zon iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.
- Garisan khatulistiwa merupakan garisan latitud yang mempunyai ukur lilit paling panjang iaitu 45,075.16 kilometer.
- Garisan latitud berfungsi sebagai penentu lokasi atau kedudukan di atas peta dan glob.
MENENTUKAN KEDUDUKAN
Kedudukan Sesuatu Tempat Berdasarkan Latitud dan Longitud
- Kedudukan sesuatu tempat ditentukan berpandukan titik persilangan antara latitud dan longitud.
- Semasa memberi kedudukan sesuatu tempat, latitud disebut dahulu sebelum longitud dinyatakan.
- Kedudukan sesuatu tempat boleh ditentukan secara tepat dengan menyatakan latitud dan longitud dalam darjah(º) dan minit (`).Maklumat ini boleh didapati dalam indeks atlas seperti berikut:
MENGENAL WAKTU
Mengenal Waktu Tempatan, Zon Waktu dan Waktu Piawai
- Bumi kita berputar dari Barat ke Timur. Bumi melengkapkan satu putaran dalam masa 24 jam. Oleh itu, bumi dibahagikan kepada 24 zon waktu.
- Waktu Tempatan – waktu sesuatu tempat yang dikira berdasarkan perbezaan longitud antara tempat itu dengan tempat lain.
- Zon Waktu – bahagian waktu berdasarkan longitud 15º. Setiap 15º bersamaan satu jam atau mewakili satu zon waktu.
Subscribe to:
Posts (Atom)