LATITUD DAN LONGITUD

Garisan Latitud.

  • Garisan ini adalah garisan yang dilukis secara melintang dan selari dengan garisan khatulistiwa di dalam pemetaan permukaan bumi.
  • Garisan latitud diukur dengan nilai darjah (°) dari 0° hingga 90° utara dan selatan.
  • Garisan latitud 0° iaitu garisan khatulistiwa merupakan garisan bayangan yang membahagikan bumi kepada 2 zon iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.
  •  Garisan khatulistiwa merupakan garisan latitud yang mempunyai ukur lilit paling panjang iaitu 45,075.16 kilometer.
  • Garisan latitud berfungsi sebagai penentu lokasi atau kedudukan di atas peta dan glob.

MENENTUKAN KEDUDUKAN

Kedudukan Sesuatu Tempat Berdasarkan Latitud dan Longitud

  • Kedudukan sesuatu tempat ditentukan berpandukan titik persilangan antara latitud dan longitud.
  • Semasa memberi kedudukan sesuatu tempat, latitud disebut dahulu sebelum longitud dinyatakan.
  • Kedudukan sesuatu tempat boleh ditentukan secara tepat dengan menyatakan latitud dan longitud dalam darjah(º) dan minit (`).Maklumat ini boleh didapati dalam indeks atlas seperti berikut:

MENGENAL WAKTU

Mengenal Waktu Tempatan, Zon Waktu dan Waktu Piawai

  • Bumi kita berputar dari Barat ke Timur. Bumi melengkapkan satu putaran dalam masa 24 jam. Oleh itu, bumi dibahagikan kepada 24 zon waktu.
  • Waktu Tempatanwaktu sesuatu tempat yang dikira berdasarkan perbezaan longitud antara tempat itu dengan tempat lain.
  • Zon Waktubahagian waktu berdasarkan longitud 15º. Setiap 15º bersamaan satu jam atau mewakili satu zon waktu.